nuffnang Ads

Wednesday, February 8, 2012

Sepetang di Pengkalan Batu Lintang

Cuti tak tahu nak buat apa..petang2 suami bawak naik motor gi round2 kawasan kampung dan pengkalan..Zaidan buat main seronok naik motor..kena angin plak..hihi..
Pengkalan Batu Lintang dekat belakang rumah jer..tapi kalau nak gi melalui belakang rumah ..kena naik sampan la...kalau tak mau naik sampan...naik moto jer.tak jauh pun dalam 2,3 minit jer..jom tgok pic...

ok....sampai sini dulu......

Friday, February 3, 2012

Going Home..

Tepat kul 5.30pm aku nak balik umah dah...wahh..cuti 4 hari ooo..lama gila...mesti bosan...suami plak kerja..buat over time..apa aku nak buat cuti 4 hari nih..tak pa tak pa..malam nih aku pikir nak pi mana...ok ..cau cin cauuu.....

Small farewell party!!

Today 3.2.2012, my friend want to leave IDAMAN PHARMA SDN BHD. urmmm sedihnyer...hari nih kitaorang buat smal smalllll farewell party lah untuk dia..kitaorang buat dekat Pizza Gaint. Urmm kitaorang order macam2 lah..pizza, spaghetti, ayam goreng madu, dan banyak lagi...sapa yg order selain pada pizza semua dapat dulu dan makan habis dah..BUT diorang yg nak makan pizza tuh, dok melengung laa coz pizza diorang tak sampai lagi..apa lagi angin satu badan la..panggil budak pizza tuh..tanya dia apasal lambat ..then dia jawap " CHEESE HABIS ! """ BARU NAK ORDER"" mangkuk ayun tuiii...dah tau kata cheese habis..bagitau la awal2, tak da la kitaorg nih dok tercongokk duk tunggu..pas tuh ..manager pizza kut datang..dia mai mintak maaf kat kitaorang atas kelalaian tersebut..urmm..pastu dia kasi kitaorng makan salad free...kitaorang apa lagi..ambik ja la makan...fuhh..yg pizza tadi tuh..dia hantar gi opis..adoiiii..tension tul lah..
apapun kami semua enjoyyy.............!!!

sebelah kiri is my friend kak ecah...
huda...asyik belekk dia punya tablet ja...hihihik...

 ima, yusma, kak ecah, huda dan kak ija

cuba tgok..dengar free ja..teruih pi ambik salad....hhihihi.
 

ok lah byeee.

Thursday, February 2, 2012

JALAPENO CHEESE POWDER

JALAPENO CHEESE POWDER (Rasa Sama Macam keju Cheezy Wedges KFC)

Ramai yang tanya saya..What is this? Sos keju jalapeno ni...?
kalau u all pernah makan cheezy wedges KFC, ni la dia sos yg warna kuning tu..
yang memang sedapppp gila tu..kalau makan, sampai nak terpejam2 mata!
hehehhe
So far, i never find this sauce dekat supermarket..
kalau ada sesapa yang jumpa, tlg la bagi tau saya ek...
memang saya nak borong banyak2...

200gram per pack

RM 15.00 
Tidak Termasuk Harga Poslaju

Cara penyediaan:
Bancuh satu cawan JC powder dengan satu cawan air panas.
Kacau sehingga sebati.
Cara Hidangan:
Selain dihidang dengan wedges, kentang goreng, nugget, sosej, pasta, pizza, makaroni dan pelbagai lagi mengikut citarasa anda.
kalau nak order sila email pada saya kaukko_85@yahoo.com / dhaniah@ipmsb.com


assalamualaikum..

Morning

Work Work Work.  becoming more and more bored with the work nih ... tambah plak Zaidan sekarang nih unhealthy fever..uoch....!! i have no idea...and when i think back ..i must go to work..because.........i want to know the real salary for this month. ( mesti u all think think i'm mercenary kan ....) ohh no no no..don't think like that ok...actually last month my salary kena cut banyak tau..duit rajin kena cut, duit medical kena cut, duit gaji pun kena cutttt..haaa nih gara2 aku cuti tampa gaji lah..adoiiii....end last terima lah padahnya...ciputt ja dapat...because of that that thing ...so this month i must go to work...even my son got fever..but it's ok..my loving mother ada..dia boleh jaga sat untuk aku...huhu..i love you mom....ok lah...sampai sini saja..ok...nak buat kerja plak...huhuhu....ok bye..........................

ibu mengandung..urmm..jom kita tgok panduan pemakanan tuk anda ibu mengandung..

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

INFO TERKINI..


Menurut laporan Polis PDRM seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah lorong belakang kelab malam di Kuala Lumpur pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.